Keputusan Weblog Popular 1Malaysia

Setelah hampir empat bulan Weblog Popular 1Malaysia berlangsung, hari ini merupakan hari terakhir cabaran tersebut menutup tirainya iaitu pada tengah malam 31 oktober 2009 tepat jam 11.59 pm. Masih berbaki beberapa jam lagi cabaran tersebut akan tamat dan masa sebegini adalah masa kritikal yang akan digunakan oleh semua peserta pertandingan untuk mengeluarkan segela teknik-teknik supaya dapat menawan muka depan google, malah disaat-saat akhir merupakan saat yang mendebarkan dan sukar dilalui. :)

Sempena dengan posting terakhir, saya telah membuat satu video mengenai keputusan terkini kedudukan kata kunci Weblog Popular 1Malaysia yang sudah sampai ke penghujungnya. Anda boleh tonton video dibawah yang dibuat hanya suka-suka sahaja untuk mengisi ruang posting diblog ini sambil menanti dengan penuh debaran keputusan sebenar pada malam 31 oktober 09.

Saya percaya bahawa peserta-peserta lain juga merasa demikian. Jadi sama-samalah kita menanti keputusan sebenar dalam masa beberapa jam lagi dari sekarang.

Weblog Popular 1Malaysia sudah sampai ke penghujungnya

Weblog popular 1malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan dari blogger-blogger tempatan kerana cabaran tersebut mempunyai keunikannya tersendiri, lebih-lebih lagi hadiahnya cukup lumayan. Namun, Weblog Popular 1Malaysia sudahpun sampai ke penghujungnya. Ini bermakna ianya akan tamat pada 30 Oktober 2009, lebih kurang 2 hari lagi dari tarikh posting ini.

Pada mulanya saya hanya bercadang untuk meletakkan satu posting sahaja pada Weblog ini dimana ianya bertujuan untuk menguji exsperimen seo yang dijalankan terhadap kata kunci Weblog Popular 1Malaysia. Namun begitu ianya menarik minat saya untuk membuat posting kedua atas sebab-sebab tertentu. Posting pertama ialah pada 8 Oktober 2009 dan selepas seminggu blog ini berjaya memasuki muka surat dua di google.com.my dan masih kekal sehingga sekarang semasa posting ini dibuat.

Oleh kerana agak lambat menyertai Cabaran Weblog Popular 1Malaysia iaitu lebih kurang tiga bulan selepas ianya berlangsung sedikit sebanyak menyukarkan blog ini dari memasuki muka depan google.com.my. Di samping itu, persaingan yang cukup kuat dari weblog-weblog yang sudah berusia dan yang sudah menyertai pada mula-mula lagi. Mungkin inilah sebabnya mengapa blog ini masih belum berjaya memasuki muka depan google.

Malah, kekangan masa yang melanda diriku menyebabkan aku tidak sempat untuk membuat Off page optimization yang memuaskan keatas Weblog yang tidak seberapa popular ini, hanya sekadar sempat membuat On page optimization. Diharap selepas update blog ini dengan posting kedua akan memberi sedikit sebanyak kesan supaya berlaku perubahan kedudukan ke arah yang lebih baik untuk kata kunci Weblog popular 1Malaysia.

Akhir kata, walaupun cabaran weblog popular 1malaysia sudah sampai ke penghujungnya, usaha harus diteruskan. Kalah ataupun menang ialah adat pertandingan. Apa yang penting ialah kita enjoy dengan apa yang kita lakukan serta pengalaman terbaru yang diperolehi. Salam 1Malaysia dari saya.

Cabaran Weblog Popular 1Malaysia

Weblog Popular 1MalaysiaSetelah sekian lama menangguh untuk membuat posting di weblog subdomain ini, akhirnya tergerak juga dihati untuk bertindak dengan langkah pertama. Maklumlah, perasaan malas sentiasa menyelubungi diri ini, tambahan pula kekangan masa yang macam tidak pernah cukup. Tapi, alang-alang dah ada domain sendiri ini (kali pertama guna domain sendiri), elok juga jika buatkan banyak-banyak subdomain, maklumlah domain sendirikan, jadi apa nak kisah. Maka, terbinalah subdomain Weblog Popular 1Malaysia dimana ianya bertujuan untuk menyertai cabaran Weblog Popular 1Malaysia yang sedang hangat berlangsung ketika ini.

Jika diikutkan dengan syarat sebenar tentang cabaran ini, ianya akan tamat pada 30 September 2009 yang lepas, oleh kerana terlalu ramai yang menyokong supaya dilanjutkan dan tambahan pula masih ada beberapa hadiah yang tiada pemenang, maka pihak penganjur iaitu Denaihati serta sponsor iaitu SaudaCare, Anisha Online Mall dan One Malaysia Blogshops memberi peluang supaya cabaran Weblog Popular 1Malaysia ini dilanjutkan sehingga 30 Oktober 2009. Dengan ini, ianya memberi makna baru untuk peserta yang bertanding serta peserta-peserta yang baru mendaftar seperti blog subdomain ini untuk sama-sama menyahut serta memeriahkan lagi cabaran anjuran Denaihati untuk mencari Weblog Popular 1Malaysia.

Jadi jika anda baru mengetahui mengenai cabaran ini, saya rasa masih ada sedikit masa lagi untuk anda mencuba. Apa yang penting ialah usaha yang anda lakukan itu. Begitu juga dengan cabaran Weblog Popular 1Malaysia ini, pihak penganjur telah berusaha untuk menganjurkannya, malah ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dan ini merupakan satu usaha yang bagus untuk menghangatkan lagi dunia blogging serta membawa kepada ikatan mahupun talian yang baik antara blogger dan saling berpeluang untuk kenal mengenali.

Jika anda berhasrat untuk menyertai Weblog Popular 1Malaysia, dibawah ialah syarat-syarat pertandingan yang perlu anda patuhi.

Syarat-syarat:

  1. Hanya terbuka kepada Rakyat Malaysia dan Weblog Malaysia sahaja samada berbahasa Melayu atau English.
  2. Buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut.
  3. Dalam posting Anda wajib ada perkataan Weblog Popular 1Malaysia dan saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog, contoh saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://www.melayubolehzone.co.cc
  4. Dalam posting Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
  5. Dalam posting wajib ada backlink kepada Denaihati.
  6. Tinggalkan komen dan link posting anda di posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog Yang Terbuku Di Hati, http://denaihati.blogspot.com/2009/07/contest-weblog-popular-1malaysia.html
  7. Peserta wajib subscribe blog Denaihati melalui email dan diaktifkan.
  8. Setiap peserta yang mencalonkan wajib letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia dimana-mana yang boleh kelihatan di weblog anda.
  9. Contest ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 31/10/2009.
  10. Minimum pencalonan untuk Weblog Popular 1Malaysia adalah 100 pencalonan.
  11. Minimum reference atau rujukan untuk hadiah 2,3 dan 4 adalah sekurang-kurangnya 50 peserta lain.
  12. 1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja.
  13. Untuk hadiah ke 5 hanya weblog sahaja dikira, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 4 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
  14. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Syarat Tambahan :

  1. Follow twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.
  2. Tambahkan blog Denaihati ke dalam blogroll atau bloglist ANDA.
  3. Pemenang untuk hadiah 5 dan 6 akan ditentukan pada jam 12.00 am, 1/11/2009 berdasarkan sesawang pencarian google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox.
  4. Hadiah untuk 5 dan 6, jika terdapat 1 blog yang mempunyai  2 link atau lebih dalam ranking 1 – 8 akan hanya dikira satu hadiah pada ranking yang tertinggi.

Akhir kata, teruskan perjuangan anda semua, lebih-lebih lagi untuk mereka yang menyertai cabaran Weblog Popular 1Malaysia dan sama-samalah kita memeriahkannya. Semoga pihak penganjur mendapat apa yang diingini iaitu pencarian Weblog yang paling Popular dan tidak mustahil akan menjadi tatapan untuk 1Malaysia. Selamat Maju Jaya.