Keputusan Weblog Popular 1Malaysia
Setelah hampir empat bulan Weblog Popular 1Malaysia berlangsung, hari ini merupakan hari terakhir cabaran tersebut menutup tirainya iaitu pada tengah malam 31 oktober 2009 tepat jam 11.59 pm. Masih berbaki beberapa jam lagi cabaran tersebut akan tamat dan masa sebegini adalah masa kritikal yang akan digunakan oleh semua peserta pertandingan untuk mengeluarkan segela teknik-teknik supaya dapat menawan muka depan google, malah disaat-saat akhir merupakan saat yang mendebarkan dan sukar dilalui.
Sempena dengan posting terakhir, saya telah membuat satu video mengenai keputusan terkini kedudukan kata kunci Weblog Popular 1Malaysia yang sudah sampai ke penghujungnya. Anda boleh tonton video dibawah yang dibuat hanya suka-suka sahaja untuk mengisi ruang posting diblog ini sambil menanti dengan penuh debaran keputusan sebenar pada malam 31 oktober 09.
Saya percaya bahawa peserta-peserta lain juga merasa demikian. Jadi sama-samalah kita menanti keputusan sebenar dalam masa beberapa jam lagi dari sekarang.

Salam bro,
Mantap video tuh, leh ajor aku nanti wat video cam tuh, Keh keh keh. Takde rezeki lah Luck takdo. Blog aku jatuh rangking keh keh keh.
Thanks Bro, buat video
@kmzack
wslm bro..
hairan aku knp komen ko masuk kat spam, nasib baik aku check kat dasboard, baru perasan ada komen ko..
Emm, bese2 jer video tu.. saja buat suka2.. buat guna camtasia..
tp lepas tu kan blog ko steady jer rangking kat no 4..
Ni aku target video tu lak masuk page depan..hehe