Archive

Posts Tagged ‘Keputusan Weblog Popular 1Malaysia’

Keputusan Weblog Popular 1Malaysia

Setelah hampir empat bulan Weblog Popular 1Malaysia berlangsung, hari ini merupakan hari terakhir cabaran tersebut menutup tirainya iaitu pada tengah malam 31 oktober 2009 tepat jam 11.59 pm. Masih berbaki beberapa jam lagi cabaran tersebut akan tamat dan masa sebegini adalah masa kritikal yang akan digunakan oleh semua peserta pertandingan untuk mengeluarkan segela teknik-teknik supaya dapat menawan muka depan google, malah disaat-saat akhir merupakan saat yang mendebarkan dan sukar dilalui. :)

Sempena dengan posting terakhir, saya telah membuat satu video mengenai keputusan terkini kedudukan kata kunci Weblog Popular 1Malaysia yang sudah sampai ke penghujungnya. Anda boleh tonton video dibawah yang dibuat hanya suka-suka sahaja untuk mengisi ruang posting diblog ini sambil menanti dengan penuh debaran keputusan sebenar pada malam 31 oktober 09.

Saya percaya bahawa peserta-peserta lain juga merasa demikian. Jadi sama-samalah kita menanti keputusan sebenar dalam masa beberapa jam lagi dari sekarang.