Weblog Popular 1Malaysia sudah sampai ke penghujungnya
Weblog popular 1malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan dari blogger-blogger tempatan kerana cabaran tersebut mempunyai keunikannya tersendiri, lebih-lebih lagi hadiahnya cukup lumayan. Namun, Weblog Popular 1Malaysia sudahpun sampai ke penghujungnya. Ini bermakna ianya akan tamat pada 30 Oktober 2009, lebih kurang 2 hari lagi dari tarikh posting ini.
Pada mulanya saya hanya bercadang untuk meletakkan satu posting sahaja pada Weblog ini dimana ianya bertujuan untuk menguji exsperimen seo yang dijalankan terhadap kata kunci Weblog Popular 1Malaysia. Namun begitu ianya menarik minat saya untuk membuat posting kedua atas sebab-sebab tertentu. Posting pertama ialah pada 8 Oktober 2009 dan selepas seminggu blog ini berjaya memasuki muka surat dua di google.com.my dan masih kekal sehingga sekarang semasa posting ini dibuat.
Oleh kerana agak lambat menyertai Cabaran Weblog Popular 1Malaysia iaitu lebih kurang tiga bulan selepas ianya berlangsung sedikit sebanyak menyukarkan blog ini dari memasuki muka depan google.com.my. Di samping itu, persaingan yang cukup kuat dari weblog-weblog yang sudah berusia dan yang sudah menyertai pada mula-mula lagi. Mungkin inilah sebabnya mengapa blog ini masih belum berjaya memasuki muka depan google.
Malah, kekangan masa yang melanda diriku menyebabkan aku tidak sempat untuk membuat Off page optimization yang memuaskan keatas Weblog yang tidak seberapa popular ini, hanya sekadar sempat membuat On page optimization. Diharap selepas update blog ini dengan posting kedua akan memberi sedikit sebanyak kesan supaya berlaku perubahan kedudukan ke arah yang lebih baik untuk kata kunci Weblog popular 1Malaysia.
Akhir kata, walaupun cabaran weblog popular 1malaysia sudah sampai ke penghujungnya, usaha harus diteruskan. Kalah ataupun menang ialah adat pertandingan. Apa yang penting ialah kita enjoy dengan apa yang kita lakukan serta pengalaman terbaru yang diperolehi. Salam 1Malaysia dari saya.

Terima kasih sentiasa memberi sokongan padu … tunggu next contest …tak lama lagi ni
@denaihati
Sama2 denaihati..
emm, next contest tu contest yg mcm ne?
ada juga ke utk rangking kat google?