Cabaran Weblog Popular 1Malaysia
Setelah sekian lama menangguh untuk membuat posting di weblog subdomain ini, akhirnya tergerak juga dihati untuk bertindak dengan langkah pertama. Maklumlah, perasaan malas sentiasa menyelubungi diri ini, tambahan pula kekangan masa yang macam tidak pernah cukup. Tapi, alang-alang dah ada domain sendiri ini (kali pertama guna domain sendiri), elok juga jika buatkan banyak-banyak subdomain, maklumlah domain sendirikan, jadi apa nak kisah. Maka, terbinalah subdomain Weblog Popular 1Malaysia dimana ianya bertujuan untuk menyertai cabaran Weblog Popular 1Malaysia yang sedang hangat berlangsung ketika ini.
Jika diikutkan dengan syarat sebenar tentang cabaran ini, ianya akan tamat pada 30 September 2009 yang lepas, oleh kerana terlalu ramai yang menyokong supaya dilanjutkan dan tambahan pula masih ada beberapa hadiah yang tiada pemenang, maka pihak penganjur iaitu Denaihati serta sponsor iaitu SaudaCare, Anisha Online Mall dan One Malaysia Blogshops memberi peluang supaya cabaran Weblog Popular 1Malaysia ini dilanjutkan sehingga 30 Oktober 2009. Dengan ini, ianya memberi makna baru untuk peserta yang bertanding serta peserta-peserta yang baru mendaftar seperti blog subdomain ini untuk sama-sama menyahut serta memeriahkan lagi cabaran anjuran Denaihati untuk mencari Weblog Popular 1Malaysia.
Jadi jika anda baru mengetahui mengenai cabaran ini, saya rasa masih ada sedikit masa lagi untuk anda mencuba. Apa yang penting ialah usaha yang anda lakukan itu. Begitu juga dengan cabaran Weblog Popular 1Malaysia ini, pihak penganjur telah berusaha untuk menganjurkannya, malah ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dan ini merupakan satu usaha yang bagus untuk menghangatkan lagi dunia blogging serta membawa kepada ikatan mahupun talian yang baik antara blogger dan saling berpeluang untuk kenal mengenali.
Jika anda berhasrat untuk menyertai Weblog Popular 1Malaysia, dibawah ialah syarat-syarat pertandingan yang perlu anda patuhi.
Syarat-syarat:
- Hanya terbuka kepada Rakyat Malaysia dan Weblog Malaysia sahaja samada berbahasa Melayu atau English.
- Buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut.
- Dalam posting Anda wajib ada perkataan Weblog Popular 1Malaysia dan saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog, contoh saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://www.melayubolehzone.co.cc
- Dalam posting Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
- Dalam posting wajib ada backlink kepada Denaihati.
- Tinggalkan komen dan link posting anda di posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog Yang Terbuku Di Hati, http://denaihati.blogspot.com/2009/07/contest-weblog-popular-1malaysia.html
- Peserta wajib subscribe blog Denaihati melalui email dan diaktifkan.
- Setiap peserta yang mencalonkan wajib letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia dimana-mana yang boleh kelihatan di weblog anda.
- Contest ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 31/10/2009.
- Minimum pencalonan untuk Weblog Popular 1Malaysia adalah 100 pencalonan.
- Minimum reference atau rujukan untuk hadiah 2,3 dan 4 adalah sekurang-kurangnya 50 peserta lain.
- 1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja.
- Untuk hadiah ke 5 hanya weblog sahaja dikira, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 4 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
- Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.
Syarat Tambahan :
- Follow twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.
- Tambahkan blog Denaihati ke dalam blogroll atau bloglist ANDA.
- Pemenang untuk hadiah 5 dan 6 akan ditentukan pada jam 12.00 am, 1/11/2009 berdasarkan sesawang pencarian google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox.
- Hadiah untuk 5 dan 6, jika terdapat 1 blog yang mempunyai 2 link atau lebih dalam ranking 1 – 8 akan hanya dikira satu hadiah pada ranking yang tertinggi.
Akhir kata, teruskan perjuangan anda semua, lebih-lebih lagi untuk mereka yang menyertai cabaran Weblog Popular 1Malaysia dan sama-samalah kita memeriahkannya. Semoga pihak penganjur mendapat apa yang diingini iaitu pencarian Weblog yang paling Popular dan tidak mustahil akan menjadi tatapan untuk 1Malaysia. Selamat Maju Jaya.

Orait! Akhirnya ko join kami ngan rasmi jugak yer. Good luck! And, welcome to the club!
@Precious
Hehe..
Join untuk memeriahkan contest.. Good luck to you too..